Isnin, 27 Oktober 2014

Kayuhan Fun Nite Ride Bukit Chandan, Kuala Kangsar 25/10/2014

 Menunggu cabuan bertuah

 Bersedia
 Tamat di garisan
Bersama Si Merah dan Si Putih

Dunia Pangkalan Data




PROGRAM LATIHAN UNTUK GURU TMK TAHUN 5
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Tajuk
DUNIA PANGKALAN DATA
Topik
1.0 Pengenalan Kepada Pangkalan Data
A.   Objektif
Pada akhir sesi guru dapat:
1.    Membanding beza data dan maklumat.
2.    Memberi pengertian dan kepentingan pangkalan data.
3.    Menstrukturkan kaedah penyimpanan data secara bermakna.
4.    Menunjukkan secara grafik organisasi pangkalan data dan hirarki data.
5.    Menyatakan ciri-ciri Pangkalan Data.
B.     Kandungan Pengajaran
1.  Pengertian Data dan Maklumat.
2.  Pangkalan Data.
3.  Perkembangan Sistem Pengurusan Pangkalan Data Secara Elektronik.
4.  Rekabentuk dan Model Pangkalan Data.
5.  Organisasi Pangkalan Data.
6.  Ciri-ciri Pangkalan Data.


1.    PENGERTIAN DATA DAN MAKLUMAT
Data
·         Markah ujian bulanan bagi mata pelajaran Matematik untuk setiap murid di dalam satu kelas.

·         Data merupakan himpunan fakta mentah mengenai sesuatu benda, kejadian, orang atau entiti yang terdiri daripada perkataan, angka atau gambar
·         Data boleh menjadi sesuatu fakta yang bermakna atau tidak bermakna sehingga fakta-fakta tersebut diproses.

Definisi
Contoh
·         Maklumat merupakan hasil daripada pengumpulan, pemprosesan dan penganalisaan data yang boleh digunakan untuk membuat sesuatu keputusan.
·         Maklumat yang dihasilkan ini lebih bermakna dan mudah untuk difahami.

·         Purata markah ujian bulanan bagi mata pelajaran Matematik untuk satu kelas.

.Maklumat


Secara ringkasnya, hubungan di antara data dan maklumat boleh digambarkan seperti rajah di bawah.


2.    PANGKALAN DATA
      i.        Pengenalan Pangkalan Data
·         Pangkalan data boleh diilustrasikan sebagai tempat pengumpulan dan penyimpanan data.
·         Pangkalan data ini boleh terbahagi kepada dua iaitu secara sistem fail atau secara elektronik.
·         Pangkalan data ini memudahkan data atau maklumat ini dicapai, diuruskan atau dikemaskini.

   ii.        Sistem Fail

·         Sistem fail digunakan untuk menyimpan semua maklumat dalaman dan luaran yang berkaitan dengan sesuatu projek, produk, tugas, pelanggan atau pekerja.
·         Penyimpanan fail bermula secara manual. Dalam sistem fail secara manual, data dan maklumat disimpan di dalam fail-fail kertas. Setiap fail dilabelkan dan disimpan bagi tujuan mudah dicapai dan sebagai langkah keselamatan fail-fail tersebut
·         Kemudian diperkenalkan data dalam sistem berkomputer yang disimpan dengan menggunakan sistem fail biasa.
·         Konsep pangkalan data timbul hasil daripada keperluan untuk membina sistem pemprosesan data yang banyak bagi menyokong aplikasi-aplikasi di organisasi yang memerlukannya.
·         Pangkalan data merupakan himpunan data-data berkaitan yang dikongsi bersama oleh pelbagai kategori pengguna bagi memenuhi kehendak dan keperluan maklumat sesebuah organisasi.
 
  iii.        Sistem Fail Biasa Secara Berkomputer

     iv.        Sistem Fail Secara Sistem Pengurusan Pangkalan Data



Sistem Fail – Sistem Pengurusan Pangkalan Data
Kelemahan Sistem Fail Secara Manual
·         Rekod sukar diubah
·         Memerlukan masa yang panjang untuk proses carian
·         Memerlukan lokasi penyimpanan fail yang besar
                                   
·         Pengulangan Data
Tiada kawalan pusat boleh menyebabkan data yang sama disimpan berulangkali
·         Data Lewah
Data atau rekod yang sama disimpan dalam dua atau lebih fail
·         Ketidakselarasan Data
Data dalam satu fail dikemaskini tanpa mengemaskini fail lain yang disimpan oleh jabatan lain.
·         Kawalan Data Yang Lemah
Terdapat jabatan yang mempunyai data yang tidak lengkap
·         Pengasingan Data
Data disimpan berasingan menyukarkan proses penggabungan maklumat
·         Kebersandaran Format Data
Fail disimpan dalam format berlainan menyebabkan ia sukar untuk dikemas kini dan diproses
Kebaikan Sistem Fail Secara Sistem Pengurusan Pangkalan Data
·         Mengelakkan pengulangan dan lewahan data
·         Keselarasan data lebih terjamin
·         ahan data
·         Memudahkan kawalan dan perkongsian data
·         ahan data
·         Capaian data lebih pantas dan tepat
·         ahan data
Kelemahan Sistem Fail Secara Berkomputer


·         Keselamatan data lebih terjamin
                                                                                                                                  

·         Kebebasan format data yang disimpan
·         ahan data
·         Mampu menampung lebih ramai pengguna melalui capaian serentak
·         ahan data
 

3.    Perkembangan Sistem Pengurusan Pangkalan Data Secara Elektronik
·         Secara ringkasnya sejarah pembangunan sistem pengurusan pangkalan data secara elektronik ini boleh dibahagikan kepada 3 generasi.

·         Generasi pertama ini bermula sekitar tahun 1968 yang dikenali sebagai Information Management System (IMS) yang digunakan untuk projek pendaratan Apollo di bulan yang berasaskan kepada hirarki.

·         Generasi kedua merupakan penanda aras atau panduan kepada perisian-perisian sistem pangkalan data yang ada sekarang. Bahasa pertanyaan struktur (SQL) yang dibangunkan oleh IBM awal 1970-an juga menjadi perkara penting dalam generasi ini.

·         Generasi terkini telah berkembang bersama-sama dengan peningkatan penggunaan pengaturcaraan berorientasikan objek. Kemunculan sistem pangkalan data XML dan NoSQL menjadi pemangkin kepada pembangunan sistem pangkalan data. Sistem pangkalan data XML merupakan sistem pangkalan data yang berorientasikan struktur dokumen. Sistem pangkalan data NoSQL pula merupakan sistem pangkalan data yang yang menyediakan mekanisma penyimpanan dan capaian semula data dan maklumat.

 
4.    REKABENTUK DAN MODEL PANGKALAN DATA
Rekabentuk pangkalan data merujuk kepada rekabentuk logikal struktur asas penyusunan data untuk penyimpanan data.

Model pangkalan data merupakan model data yang menentukan struktur logikal bagaimana data itu disimpan, disusun dan dikendalikan.

Terdapat beberapa model pangkalan data utama yang digunakan iaitu:
·         Model Hirarki (Hierarical Database Model)
·         Model Jaringan (Network Model)
·         Model Hubungan (Relational Model)
·         Model Hubungan Entiti (Entity-relational Model)
Pertimbangan dalam merekabentuk pangkalan data
Tujuan pangkalan data
·         Perlu mengetahui apakah maklumat yang akan diproses oleh pangkalan data tersebut. Ini bagi menentukan apakah subjek (entiti) dan fakta apa mengenai subjek tersebut (atribut) yang perlu disimpan.
                       Apakah Itu Entiti Dan Atribut?

Entiti
Atribut
Suatu objek unik dan boleh dikenal pasti dalam sesuatu persekitaran seperti orang, tempat atau benda yang boleh dikutip dan disimpan sebagai data.

Ciri-ciri yang menerangkan sesuatu entiti

Contoh:
Entiti = Murid
Atribut untuk Murid adalah seperti:
·         Nombor kad pengenalan
·         Nama
·         Tarikh Lahir
·         Alamat
·         Kelas


Nama

Tarikh lahir

Alamat

Kelas

Nombor kad pengenalan
Murid
Entiti
Atribut
 

JENIS DATA

Teks
Mengandungi teks dan angka yang tidak digunakan untuk membuat operasi matematik atau logik.
Contoh : Nama murid, nombor kad pengenalan dan umur
Nombor
Mengandungi angka yang khusus digunakan untuk membuat operasi matematik atau logik.
Contoh : Markah Peperiksaan Penggal 1 Kelas 6A
Tarikh/Masa
.
Mengandungi data khusus untuk tarikh dan masa.
Contoh : 4/17/14, 05:34:00 PM, Thursday, April 17, 2014
OLE Object
Mengandungi data khusus yang meliputi gambar, suara dan data dari aplikasi lain.
Contoh : Gambar murid, gambar guru dan lagu
 

Organisasi Pangkalan Data



5.    ORGANISASI PANGKALAN DATA
Di dalam pangkalan data, data-data akan disimpan dan direkod di dalam bentuk jadual mengikut medan-medan yang telah ditentukan. Pangkalan data boleh terdiri daripada satu atau lebih jadual. Gambar rajah di bawah adalah contoh jadual yang terdiri daripada gabungan rekod dan medan.

 Berikut adalah istilah dan penerangan berkenaan Jadual, Rekod dan Medan.
Istilah
Keterangan
Jadual
·         Koleksi rekod-rekod yang berkaitan
Rekod
·         Koleksi medan yang berkaitan dan dalam jadual
·         Selalunya medan berada pada kedudukan baris dijadual.
Medan
·         Kombinasi satu atau lebih bait atau aksara
·         Setiap medan diwakili oleh lajur pada jadual
·         Medan merupakan unit terkecil dalam sistem pangkalan data .


HIRARKI DATA
Hirarki data adalah sebuah piramid yang menunjukkan bagaimana data disusun dari unit yang kecil kepada unit yang besar dan kemudian membentuk sebuah pangkalan data.

6.    CIRI-CIRI PANGKALAN DATA
Pangkalan data mempunyai ciri-ciri dan keupayaan yang tertentu seperti dapat mengemaskini, menyusun dan menapis maklumat yang dikehendaki. Lihat jadual di bawah.
Operasi Asas
Kegunaan
Update (kemaskini)
·         Proses untuk mengubah isi kandungan bagi rekod di dalam fail/jadual. Proses ini mungkin menambah, memadam atau mengubah isi kandungan rekod.
Insert (memasukkan)
·         Proses untuk menambah rekod baru ke dalam fail/jadual.
Delete (memadam)
·         Proses untuk mengeluarkan rekod daripada fail/jadual.
Sort (susun)
·         Untuk menyusun rekod di dalam fail/jadual berdasarkan kepada kriteria tertentu seperti susunan rekod mengikut tarikh. Menyusun rekod mengikut urutan “ascending
( A ke Z) dan “descending” ( Z ke A)
Filter ( tapis)
·         Menapis satu atau lebih rekod dalam keadaan tertentu.


Sistem Pengurusan Pangkalan Data – Database Management System (DBMS)
  Sistem Pengurusan Pangkalan Data atau Database Management System (DBMS) adalah satu sistem perisian yang membolehkan pengguna mentakrif, mencipta, menyusun, mengemas kini, mengurus dan menyelenggara pangkalan data. DBMS turut mengawal capaian terhadap data dalam pangkalan data.

  DBMS boleh dianggap sebagai antaramuka di antara pengguna dan pangkalan data di mana ia membantu pengguna mencapai dan memanipulasikan data yang disimpan di dalam pangkalan data.
  Antara DBMS yang biasa digunakan ialah Microsoft Access, dBASE III Plus, FoxBASE Plus, Oracle, MS SQL Server, SoftBASE, Clipper, Paradox